Sunday, 19 August 2018

OBJETIF, VISI DAN MISI (tadika)

OBJEKTIF

  • AKTIF
  • BIJAK
  • SANTUN
Aktif   - mewujudkan suasana seronok melalui teknik nabi.
Bijak   - menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan.
Santun - melahiran generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi.

Memberikan pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual dan kreativiti denganb menggabungkan pendekatan moden dan islami yang mempunyai ciri-ciri beriku:

  1. memperembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam spek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan inovatif.
  2. meningkatkan kemahiran, menanm keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
VISI 
Ke arah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti secara menyeluruh.

MISI

  1. Meraikan fitrah kanak-kanak.
  2. Menyokong perkembangan semulajadi kanak-kanak.
  3. Membentuk sahsiah diri.
  4. Mendorong kanak-kanak mengekalkan perbuatan baik, betul dan mulia menggunakan ayat tanya sebagai alat dorongan.
  5. Melatih kanak-kanak supaya berfikir, menyelesaikan masalah dan berusaha mencari jawapan.
  6. Melatih adab-adab mulia supaya anak-anak membesar sebagai individu yang halus tingkah lakunya.
  7. Memberi perkhidmatan berkualiti melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima.

No comments:

Post a Comment