IMANI EDUCARE CENTER mula ditubuhkan pada tahun 2006, matlamat utama penubuhan Imani adalah untuk memberikan pendidikan dengan kaedah bermain yang mudah dan menyeronokkan bagi pelajar yang baru mengenali alam persekolahan.
Imani juga telah mengembangkan sayapnya dengan membuka taska dan juga transit pada tahun 2008 dengan kemasukkan pelajar seramai 80 orang di tiga buah bangunan. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa Imani terus melangkah dengan membuka sebuah lagi cawangan Tadika dengan kemasukkan seramai 20 orang pelajar.
Kini di Imani Educare Center, pihak kami menawarkan pelbagai tawaran yang menarik dan segala kemudahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak dalam beberapa katogeri. Di sini kami telah menyediakan perkhidmatan untuk bayi bermula umur 3 bulan sehingga anak-anak berusia 12 tahun. Dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan ini, kami amat berharap agar kewujudan tempat kami dapat membantu ibubapa dalam membuat pilihan yang tepat.
Kedudukannya yang berdekatan dengan sekolah rendah juga dapat memudahkan ibubapa menghantar pelajar ke sekolah dan ibubapa tidak perlu risaukan keselamatan mereka kerana guru-guru kami akan menjemput para pelajar di sekolah untuk dibawa ke transit. Pelajar juga akan di hantar oleh guru kami ke sekolah sekiranya mempunyai kelas kafa atau kelas tambahan.
Kami juga menawarkan transit cuti sekolah bagi memudahkan ibubapa untuk menghantar pelajar di cuti sekolah atau pada cuti yang tidak tersengaja.
No comments:
Post a Comment