IMANI EDUCARE CENTER mula ditubuhkan pada tahun 2006, matlamat utama penubuhan Imani adalah untuk memberikan pendidikan dengan kaedah bermain yang mudah dan menyeronokkan bagi pelajar yang baru mengenali alam persekolahan.
Imani juga telah mengembangkan sayapnya dengan membuka taska dan juga transit pada tahun 2008 dengan kemasukkan pelajar seramai 80 orang di tiga buah bangunan. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa Imani terus melangkah dengan membuka sebuah lagi cawangan Tadika dengan kemasukkan seramai 20 orang pelajar.
Kini di Imani Educare Center, pihak kami menawarkan pelbagai tawaran yang menarik dan segala kemudahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak dalam beberapa katogeri. Di sini kami telah menyediakan perkhidmatan untuk bayi bermula umur 3 bulan sehingga anak-anak berusia 12 tahun. Dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan ini, kami amat berharap agar kewujudan tempat kami dapat membantu ibubapa dalam membuat pilihan yang tepat.
Kedudukannya yang berdekatan dengan sekolah rendah juga dapat memudahkan ibubapa menghantar pelajar ke sekolah dan ibubapa tidak perlu risaukan keselamatan mereka kerana guru-guru kami akan menjemput para pelajar di sekolah untuk dibawa ke transit. Pelajar juga akan di hantar oleh guru kami ke sekolah sekiranya mempunyai kelas kafa atau kelas tambahan.
Kami juga menawarkan transit cuti sekolah bagi memudahkan ibubapa untuk menghantar pelajar di cuti sekolah atau pada cuti yang tidak tersengaja.
Imani Educare Centre Kuantan
Wednesday, 22 August 2018
Sunday, 19 August 2018
OBJETIF, VISI DAN MISI (tadika)
OBJEKTIF
Bijak - menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan.
Santun - melahiran generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi.
Memberikan pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual dan kreativiti denganb menggabungkan pendekatan moden dan islami yang mempunyai ciri-ciri beriku:
Ke arah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti secara menyeluruh.
MISI
- AKTIF
- BIJAK
- SANTUN
Bijak - menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan.
Santun - melahiran generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi.
Memberikan pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual dan kreativiti denganb menggabungkan pendekatan moden dan islami yang mempunyai ciri-ciri beriku:
- memperembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam spek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan inovatif.
- meningkatkan kemahiran, menanm keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Ke arah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti secara menyeluruh.
MISI
- Meraikan fitrah kanak-kanak.
- Menyokong perkembangan semulajadi kanak-kanak.
- Membentuk sahsiah diri.
- Mendorong kanak-kanak mengekalkan perbuatan baik, betul dan mulia menggunakan ayat tanya sebagai alat dorongan.
- Melatih kanak-kanak supaya berfikir, menyelesaikan masalah dan berusaha mencari jawapan.
- Melatih adab-adab mulia supaya anak-anak membesar sebagai individu yang halus tingkah lakunya.
- Memberi perkhidmatan berkualiti melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG TADIKA
SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah penubuhan tadika ini ialah, bermula dengan pengambilan tahun pertama iaitu pada tahun 2006 dengan jumlah bilangan pelajar seramai 80 orang pelajar. pada tahun 2008, Tadika Imani telah mengembangkan cawangannya dengan membuka dua buah taska dan sebuah transit. Bilangan pelajar yang berdaftar pada tahun tersebut seramai 60 orang pelajar. Pertambahan daripada semasa ke semasa dipengerahui oleh kepercayaan oleh ibubapa dengan kejayaan para pelajar dengan pantas. Kebanyakkan pelajar berjaya menguasai doa-doa harian dalam tempoh masa yang singkat, iaitu dalam masa dua hingga ke tiga bulan.
LATAR BELAKANG
Tadika Imani Educare Centre telah ditubuhkan pada 2006 oleh Norzalieza Musa dan Norisufilawati Ishak yang juga merupakan pengusaha tadika ini. Tadika ini terletak di Kampung Padang,Kuantan beralamat No 2 dan 4 Lorong Kampung Padang Jaya. Kedudukan tadika ini yang berada di belakang Sekolah Kebangsaan Kampung Padang yang menjadi tumpuan utama ibubapa untuk menghantar pelajar transit ke Imani educare.
Tadika ini merupakan hak milik persendirian oleh Puan Norzalieza Binti Musa yang dibantu oleh Cikpuan Norisufilawati Binti Ishak. Tadika ini beroperasi bermula pukul 7.00 pagi hingga 12:20 ngahari untuk waktu belajar dan 12.30 tengahari hingga :"15 petang untuk waktu transit. Pada setiap sesi para pelajar akan di ajar mengenai doa-doa harian. Pelajar yang mengambil pakej transit akan diberian masa rehat untu tidur tengahhari dan akan bangun untuk kelas kafa.
Kelebihan yang unik di taska,tadika Imani ialah penggunaan bahasa melayu tinggi dalam pendidikan. Pelajar di didik menggunakan bahasa dan cara yang baik untuk bahasa pencakapan. Selain itu, pengunaan panggilan Tuan Muda dan Cikpuan Muda dalam meningkatkan keyakinan dan keseronokkan dalam alam persekolahan. Di Imani Educare juga, pembelajaran menggunaan teknik nabi yang bertujuan menlahirkan para pelajar yang santun dalam kehidupan. Pengajaran teknik nabi ini mengasuh pelajar dalam mengamalkan sunnah nabi dan bertolak ansur.
Tadika ini merupakan tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan tiga perkara iaitu, Bahasa Melayu Tinggi, Teknik Nabi dan kelab Araf. Dalam setiap konsep yang di terapan di sini, pelajar bukan sahaja dapat belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, kreatif dan berakhlak, mereka juga dapat mengamalkan teori tersebut di dalam waktu pembelajaran bukan hanya di atas kertas atau melalui penerangan guru.
Sesungguhnya santun akhlaknya adalah melalui pembelajaran yang betul dan tepat. Penubuhan tadika berasaskan konsep amalan sunnah dan teknik nabi adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang bukan sahaja mempunyai pendidikan yang cemerlang dari segi akademik,tetapi untuk menjadikan mereka pelajar yang santun akhlaknya.
Di Imani Educara kami percaya bahawa setiap pelajar itu istimewa dan mempunyai kelebihan masing-masing. Mereka akan diasuh bukan sahaja menggunakan buku tetapi dengan pelbagai cara untuk mencungkil bakat yang ada di dalam diri setiap pelajar melalui teknik jualan membuka gerai sehingga kelab memasak atau kelab memanah.
Subscribe to:
Posts (Atom)